Wednesday, September 9, 2009

Carta Organisasi Kelab Pembimbing Rakan Sebaya 2009

Pengerusi 
Muhammad Hafiz Bin Safian (5Sc2)

Naib Pengerusi 
Muhammad Zuhair Bin Mohd Ariff (5Sc1)

Setiausaha
Khairunnadiah Binti Mohd Samuddin (5Sc1)

Naib Setiausaha 
Siti Nur Syuhada Binti Mohd Isa (5Sc1)

Bendahari
Muhammad Arif Marzuqi Bin Abdul Rahman (5Sc1)

Ahli Jawatankuasa
Wan Muhammad shafiq Bin Wan Ahmad Ridzuan Azwa (5sc1)
Nurul Farah Izzati Binti Kamaruddin (3U)
Akmal Bin Ahmad Hishamuddin (5Sc1)

Juruaudit 1
Muhammad Izzat Amir Bin Abdul Karim (5Sc1)

Juruaudit 2 
Fatin Sakinah Binti Hashim (5K1)

Tuesday, September 1, 2009

Program Pemantapan PRS

Program Pemantapan PRS telah diadakan secara berkala iaitu setiap hari Isnin jam 3.30 ptg - 5.30 ptg. Ahli PRS yang terlibat ialah pelajar-pelajar daripada tingkatan 2 dan 4 sekolah ini. Program ini telah dikendalikan oleh kaunselor pelatih UPSI  iaitu Cik Zurina Binti Omar dan Cik Hafiza Binti Che Idris. Setiap kali perjumpaan diadakan modul yang digunakan adalah berbeza-beza. penggunaan modul yang berlainan adalah bertujuan untuk melatih ahli-ahli PRS supaya lebih mantap dari segi emosi, fizikal dan rohani. Antara modul yang digunakan adalah modul komunikasi, team building, asertif dan kepimpinan.


 
Ahli-ahli PRS yang terlibat dalam Program Pemantapan PRS

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah seorang pelajar yang berkhidmat dan membantu pelajar lain, terutamanya mereka yang memerlukan pertolongan di dalam mengendalikan masalah. Guru Bimbingan dan Kaunseling akan melatih ahli-ahli PRS untuk menjadi pendengar yang aktif dan bagaimana untuk menjalinkan perhubungan kemanusiaan supaya ia berupaya menggalakkan kawan-kawan berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbangan dan lain-lain aspek lagi.
PRS juga berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya terutama mereka yang memerlukan pertolongan. Namun, PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.


Matlamat PRS
  1. Memupuk potensi kepimpinan dan menjadi orang dewasa yang peka, bertimbang rasa, rela menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
  2. Membina budaya kasih mesra dan bantu membantu dikalangan pelajar.
  3. Membentuk agar menjadi orang dewasa yang peka, bertimbang rasa dan rela menolong dalam masyarakat.

Ciri-ciri Seorang PRS
  1. Akademik yang baik.
  2. Akhlak mulia/bersikap positif
  3. Minat menolong
  4. Personaliti menarik
  5. Keyakinan diri tinggi
  6. Mudah mesra

Tanggungjawab PRS
  1. Menjadi pendengar yang faham masalah kawan.
  2. Membantu Guru Kaunseling di dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling.
  3. Memimpin kumpulan perbincangan.
  4. Menjadi tenaga pengajar kepada pelajar yang lemah di dalam satu-satu matapelajaran.
  5. Merancang projek membantu pelajar-pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi moral dan material.
  6. Menolong menjayakan kempen-kempen untuk faedah pelajar umumnya.